Usai solat...
Aku lepak kat ruang tamu dengan Abang Wan. Sementara ibu dan Kak Yam menyiapkan hidangan makan malam. Hal dapur biarlah orang yang mahir menguruskannya.
“Sedap abang baca doa malam ni...”
“Kenapa? Selama ni tak sedap ke?”
“Bukan tak sedap... Tak power aje.”
“Ni memuji mesti ada makna... Kalau nak pakai kereta, pakai ajelah. Abang tak pakai.”
“Wah... Abang memang betul la kembar adik. Belum cakap dah tahu! Tapi, betul ke ni bagi pakai? Ipoh dah mula kerap hujan ni. Jangan buruk siku pula lepas ni.”
“Kalau abang nak pakai pun, abang hantarlah adik. Tak pun, motor adik kan ada. Kunci tu jangan letak merata pula. Nanti nak pakai tak jumpa. Tapi, setakat ni... Tak ke mana-mana pun.”
“Zarief dah single sekarang ni. Kenapa tak lepak?”
“Malas.”
Pula...
Mesti ada sesuatu ni.
Sahih bergaduh dengan Zarief la tu!
“Gaduh ke? Pasal Sophie?”
Abang Wan pandang aku.
Betul la tu...
Lelaki kalau bergaduh, pasal apa la lagi?
“Alah... Rom pun hancur sebab perempuan, apalah sangat bro code abang tu.”
“Abang suruh dia berbaik balik dengan tunang dia dan minta maaf atas kesilapan dia tu. Tapi Zarief cakap, dia sebenarnya tak silap dan tak menyesal dengan apa yang berlaku. Dia bertunang pun sebab nak lupakan Sophie tapi, masih tak boleh. Sekarang dia nak balik pada Sophie dan suruh... Abang jadi orang tengah dia. Abang tak naklah. Abang cakaplah Sophie tu manusia, bukannya patung mainan. Suka, sayang... Tak suka, melayang!”
“Jadi, abang marahlah dia...”
“Marahlah. Dan...”
“Dan apa?”
“Abang tercakap benda yang sepatutnya abang tak cakap...”
Dahi aku berkerut. “Abang cakap yang abang suka Sophie?”
“Haah.”
Aku menekup mulut. “Serius.”
#CintaTakJangka